Disleksia

PERLAKSANAAN  PROGRAM PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN SPESIFIK / DISLEKSIA

1.0   STRATEGI PENEMPATAN MURID

Pemilihan murid ke  Program  Masalah Pembelajaran Spesifik / Disleksia adalah pada murid tahun satu selepas saringan LINUS yang ketiga dan dicadangkan oleh guru kelas atau guru mata pelajaran Bahasa Malaysia .
Rujuk surat KPM.BPKHAS300.2/3/13.

A)    Instrumen  Saringan Disleksia (ISD) untuk penempatan ke kelas Masalah Pembelajaran Spesifik/ Disleksia.

B)    Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Pembelajaran  untuk penempatan ke kelas Pendidikan Masalah Pembelajaran.

Ø Selepas saringan . murid tersebut akan menduduki ujian diagnostik yang dijalankan  oleh guru pendidikan khas sebagai mengesahkan keputusan dari ISD .

Ø Sekolah akan mengeluarkan surat persetujuan dan kebenaran menjalani pemeriksaan doktor di klinik yang ditetapkan.

Ø Pegawai perubatan akan membuat pengesahan dan menandatangani borang ISD dan Borang Penempatan murid Berkeperluan Khas.

Ø Ibubapa akan memaklumkan ke pihak sekolah dan penempatan akan dibuat oleh JPN.


2.0  PENGURUSAN KELAS DI SEKOLAH RENDAH

Ø Kelas akan bermula di tahun 2 di mana murid akan belajar secara separa inklusif. Pada asalnya hanya matapelajaran Bahasa Melayu dan Matematik sahaja yang diajar oleh guru Pendidikan Khas. Mata pelajaran lain boleh diambil sekiranya murid ada potensi untuk belajar dan ada kepakaran guru mengajar dalam bidang tersebut seperti Sains dan Bahasa Inggeris.  Modifikasi tersebut bergantung kepada keperluan murid dan keupayaan murid belajar dengan murid aliran perdana supaya murid dapat dibimbing dalam semua mata pelajaran utama.

Ø Murid perlu diinklusifkan walaupun hanya dalam subjek elektif.  Mata pelajaran Pendidikan Islam boleh dijalankan bersama atau berasingan bergantung kepada faktor guru Pendidikan Islam. Murid Pendidikan Khas Disleksia boleh belajar mata pelajaran Bahasa Arab sekiranya  mereka mampu berbuat demikian .

Ø Jadual kelas Pendidikan Khas adalah sama dengan jadual kelas aliran perdana. Murid akan belajar di dalam kelas pendidikan Khas pada waktu mata pelajaran yang sama dengan aliran perdana.  Sukatan pelajaran yang digunapakai sama dengan aliran perdana termasuklah perlaksanaan KSSR dan PBS serta LINUS.

Ø Guru Pendidikan Khas juga berfungsi sebagai guru pendamping bagi kelas inklusif penuh bagi memantau permasalahan murid dan menjalankan bimbingan dalam kelas aliran perdana. Guru pendamping akan bekerjasama dengan guru aliran perdana membimbing murid-murid di dalam  kelas.



      3.0  PENGURUSAN KELAS DI SEKOLAH MENENGAH.
Ø  Sama seperti sekolah rendah yang berbeza modifikasi dalam mata pelajaran yang boleh diajar oleh guru Pendidikan Khas selain daripada mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik.

Ø Keutamaan kepada murid yang belum mencapai tahap penguasaan dalam mata pelajaran tertentu.


4.0     PEPERIKSAAN

Ø Peperiksaan yang dijalankan sama dengan kelas aliran perdana dengan menggunakan kertas soalan yang sama. Walaubagaimanapun  Pendidikan Khas boleh mengubahsuai dari penambahan masa dan mengubahsuai aras soalan sekiranya murid tersebut tidak boleh mengikuti secara langsung.

Ø Sistem pemarkahan akan ditadbir oleh S/U peperiksaan  sekolah dan analisis dijalankan secara bersama.

Ø Guru Pendidikan Khas boleh dilantik sebagai “Reader” dalam peperiksaan  yang ditadbir sendiri oleh  Pendidikan Khas.

Ø Dalam peperiksaan awam ( UPSR, PMR, SPM ) Pendidikan Khas perlu memohon melalui S/U peperiksaan  kemudahan seperti  “Reader” ( pembaca soalan), tambahan masa dan kertas soalan bersaiz  A3.

Ø Guru Pendidikan Khas  Disleksia juga terlibat dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah  secara online bagi semua mata pelajaran .


5.0Kenapa dikatogerikan Bermasalah Pembelajaran:

Mempunyai ciri-ciri yang pelbagai seperti:

·        Gangguan emosi
·        Tumpuan singkat
·        Masalah tingkah laku
·        Tidak focus
·        Slow learner
·        Kesukaran menguasai 3M
Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD)

0 comments:

Post a Comment

Galeri

Kejohanan Balapan Padang Pen.Khas 2017

Pautan




Penyata Gaji
SSQS
EMIS
EgTukar

Support